Saturday, March 2, 2013

FINISHING SCHOOL


Salam sejahtera ke atas kamu..

   Hari ini patutnya bangun lambat sebab hujung minggu..tapi ada aktiviti UiTM pula iaitu modul part 6 Finishing School..rasa berat sangat nak pergi modul ni sebab malam tadi roomate aku kata modul tunda hari lain..dengar je dia cakap camtu terus rasa best sangat, hati berbunga-bunga..terus plan nak balik rumah kononnya..RUPA-RUPANYA..tarikh yang ditunda tu ialah modul untuk budak-budak degree...cehhh!!!!

   Bangun awal pagi, terpacak dalam dewan pagi-pagi pukul 7.30 semata-mata nak dengar ceramah.. ceramah tak ceramah la tapi aku rasa lebih ke arah dengar orang buat promotion kerja CIMB..bosan ngantuk lapar semua ada..part yang best masa ceramah ni bila dia suruh semua sebut "I AM A BUSINESS BUILDER!" banyak-banyak kali kat kawan-kawan sebelah..bingit telinga aku

      Dalam pukul 9.30 pagi, rehat jap..pastu pukul 10 pagi kena masuk kelas ikut kumpulan masing-masing yang dah awal-awal diagihkan..aku kumpulan 17..masa tengok nama ahli kumpulan kat board, rasa macam forever alone sebab nama macam tak kenal semua orang..tapi bila dah masuk duduk dalam kelas, tengok-tengok ramai rupanya yang aku kenal cuma panggilan nama je yg berlainan..biasalah tu kan~ ehehe

  PERGHHH...PERGHHH..PERGGHHH (saja tulis banyak-banyak) bosan amat sangat aktiviti pagi tu..rasa macam nak tidur je depan fasilitator tersebut..nasib baik beliau sangat baik dan lemah lembut orangnya..tq miss..muahhh...muaahhh

  sesi ice breaking macam biasalah kenalkan diri sekor2..eh silap..sorang2..semua macam malas-malas nak buat sebab tiap-tiap sem punya modul mesti kena buat benda ni..haihh~ fasilitator tu suruh kitorang beritahu nama, jurusan apa, nama panggilan dan cita-cita...giliran aku kenalkan diri aku rasa macam happy, tak tau la kenapa.. tapi ada sorang ni kelakar betul dia punya pengenalan diri..nama dia fikri, jurusan bisnes tapi tiba-tiba dia kata cita-cita nak jadi doktor??? DOKTOR??? celah mana pula budak bisnes nak jadi doktor...haiyaa.. 1 kelas gelak kuat-kuat, nasib takde yang tergolek..serius lawak..hahaha..pastu aktiviti macam mengenali diri dengan lebih mendalam..aku merepek je kat aktiviti ni

  pukul 12.30 tengahari rehat lagi sekali..PERGHHHHHHH dapat balik bilik rasa syurga sangat (biasa orang kata heaven kan..heheh)..dah makan-makan, terus tidur tak sedar apa selama 1/2 jam..pergi balik modul (adoiii) pukul 2 petang..

   aktiviti seterusnya kena buat dalam kumpulan..so, fasilitator letak kitorang dalam kumpulan secara rawak ikut nombor..aku dapat kumpulan 2..ada 2 laki, 4 perempuan.. entah siapa dorang semua tu, xkenal pon..hantam ajelah

   tugasan kali ini kena cipta 1 company baru pastu kena buat iklan jawatan kosong..dengan hasil titik peluh kami berenam maka terciptalah iklan tersebut yang biasa-biasa jelah..kami mencipta company MONSTER BOOKSTORE..monster tu aku yg bagi idea..poyo je..siap aku lukis maskot raksasa utk iklan kitorang ni.,

   lepas ni, kitorang kena buat resume kerja dan akan diberi pada kumpulan yang konon-konon kita minat nak kerja kat situ..yang tak boleh blah, grup kami kena mohon untuk kerja  MODEL!!!warghhhh...tak pernah dalam fikiran nak jadi model..apesal lah grup lawan kitorang ni buat company model..malu~

  dah selesai hantar resume semua, tibalah masa untuk ditemu duga..fasilitator nak 2 orang akan di interview dari setiap kumpulan..entah macam mana aku punya nama dipanggil..walaweyh...rasa macam xpercaya kena panggil temuduga jadi model..berangan la kejap kan..haha..gagap gak la bila kena soal masa tu walaupun main-main je..sorang lagi ahli grup aku yg kena panggil dak laki..nama dia Raja Zaheed..hensem orangnya, sweet, comel (eh..terlebih sudah..nanti ada yg marah pula)..dia punya penemuduga kenakan dia kaw-kaw gila..siap suruh catwalk lagi..dia pun ikut jelah..tapi masa catwalk dia buat muka serius macam model, rasa macam Ya Allah, smartnya kau ni..hey...heyy..

   Last sekali, tentulah ambil gambar..kata model (ini semua poyooo)..inilah modul terbaik sepanjang belajar kat uitm segamat  nih..senang cerita semua modul lah terbaik..peace :)

kumpulan MONSTER BOOKSTORE..yeahhh

ITU INI DI BALOK, KUANTAN

Assalamuaikum :)

   Post kali ini aku nak cerita pasal rombongan silat gayong ke Balok, Kuantan. PSSGM UiTM Johor telah mengadakan aktiviti Kursus Pecah Tapak Kunci Mati 7 pada 9 - 12 Februari 2013.

   kitorang budak-budak silat UiTM Segamat + UiTM Larkin bergabung meletup ahh~ (nyanyi macam lagu stacy dgn adam tu..) untuk menjayakan program ini..
Taknak cerita banyak, aku cuma nak cerita 2 benda je kat sini = kenangan manis dan kenangan masam-masam manis..yeahhh

KENANGAN MANIS SEMASA DI BALOK
(Kenangan ni tak berapa manis tapi bolehlah..tak elok manis sangat nanti kena diabetes pula..hoho..)

Kenangan manis kau dan aku takkan terhapus, duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia.. ehhh..tiba-tiba ternyanyi lagu jamal abdillah pula.. :P


  •  kami budak-budak silat gayong yg bertolak dari UiTM Segamat hanyalah 12 orang + 1 pegawai pengiring + 2 pakcik bas..padahal bas muatan 40 orang.. memang kitorang menguasai kerusi-kerusi yanga ada di dalam bas uitm tersebut..haha ..1 pasang kerusi = 1 orang.......... 1 pasang kerusi yg lain = beg-beg 1 orang.. gila kuasa betul..haha
  • pegawai pengiring kitorang iaitu ustaz syazali belanja makan aiskrim kon yg pakcik motor selalu jual..hehe (aku muka tak malu, minta ustaz belanja)..masa tu 12 orang je pon :)
  • tugasan berkumpulan iaitu masak sarapan untuk lebih kurang 60 orang selama 2 jam...walaweyh~ sebab makan masa 2 jam : dapur kecik (dapur besar lambat datang), sudip pendek sangat dan lembik ..terus jadi bengkok macam cangkul sudipnya sampai kawan aku kacau mihun sambil menyumpah (nasib la) dan kuali bengong sebab tak panas-panas..goreng sebiji telur pun ambil masa sampai 1/2 jam..puihh
  • berjoging di tepi pantai balok sejauh 3km (cikgu cakap).. seronok lari-lari dalam air, rasa macam hindustan kejap.. heee
  • berlatih di bawah hujan selama 3 jam utk 3 hari berturut-turut..mana taknya dah sepanjang 4 hari kitorang kat sana, 3 hari asyik hujan je =.=..dah habis gigil badan baru reti nak naik berteduh
  • khemah banjir..beg basah..nasib baik ada baju yang tak kena hujan..fuhhh
  • tiba-tiba ustaz kata ada ujian kenaikan bengkung, menggelabah masing-masing ingat balik buah sebab dah lupa
  • masa ujian, partner kena tukar dengan orang lain..ceh!!
  • main war game, kena baling-baling orang dengan peluru air busuk iaitu air basuhan ayam..,yekkk
  • ''AKAK PART 6!!!'' ayat spontan ani (ketua projek yg pemalu) semasa hampir-hampir dibaling dengan peluru busuk
  • dapat tengok orang mengambur anak kambing 10, 11 orang...tahniah nasir dan epi dapat pecah rekod peribadi anda berdua... :D (nak try juga~)
  • tidur dalam surau sebab khemah basah. hanya beralaskan jubin....kami perempuan tidur dalam kesejukan.... jeles tengok ruang solat lelaki ada karpet, bestnya~

KENANGAN MANIS SELEPAS PULANG DARI BALOK
  • demam yang teruk =,=
  • kaki naik biji-biji gatal, banyak pula tu..jangkitan kuman dari ulat air..argghhh~geli
  • ada cacing dalam kaki kat tempat yg gatal tu (triple geli~ eeeeeeee)

yang bab cacing tu tak boleh tahan..geli amat sangat..nasib baik dah elok sikit sekarang..alhamdulillah :)






Conteng-conteng

Hollaa....assalamualaikum uollss

hari ni nak cerita pasal habit aku masa tengah bosan..terutamanya dalam kelas..weee~
Serius aku cakap bila dah tak tau nak buat apa, mulalah tangan aku ni gatal nak menconteng apa-apa je yang ada kat depan mata aku ni.. hehe

        Dulu masa zaman sekolah2 memang aku ada 1 buku khas yang aku namakan BUKU CONTENG..sebab senang la aku nak menyonteng dalam kelas, kalau tak, takut ni habis jahanam semua buku teks sekolah aku conteng ni..

    Kat bawah ni, semua lukisan aku lukis masa tengah bosan..


anak itik yang hodoh

detective conan

yugi-oh

ranma 1/2

inuyasha

ranma 1/2

inuyasha

lukisan ini terhasil semasa ujian bulanan bahasa melayu semasa aku form 3..diconteng di belakang kertas ujian..haha

detective conan

   Amacam lukisan aku?? cantik kan..hehe (perasan)
sekarang pun aku masih meneruskan habit aku walaupun dah masuk diploma..semua buku aku mesti akan ada lukisan walaupun kecil.. :)