Tuesday, January 29, 2013

Ohhh Sahabat

Salam perkenalan semua :)
Nama saya A..

Begitulah contoh seseorang utk memulakan persahabatan. Dengan memperkenalkan diri beserta seulas senyuman.. ouhh sweetnya~ ^.^

   Berkawan ni memang seronok. Lagi-lagi kalau dapat yg  sekepala, seiring sejalan dengan kita. Tapi yang x bestnya bila kawan tu mula buat kita macam-macam, tapi kita ni baik hati, x ambil kisah semua tu berlaku kat kita sebab fikir dia tu kawan kita.

    Aku ada seorang kawan macam ni.. Nama dia Cik H (nama rahsia sebab fikir kawan kan).. =.=

Aku kenal dia dah dekat 3 tahun jugalah.. kawan aku ni aku xtau la apa masalah dia.. susah betul..

Biar aku cerita insiden-insiden yg pernah dan sering berlaku bila aku dengan dia:

SITUASI 1:
    
    Aku ada henfon. Cik H ni pinjam henfon aku utk main game. Khusyuk betul dia main game sampai xingat dunia.. Tiba-tiba, dia cakap..

           " aku macam pernah tengok henfon ko ni, rupanya sama makcik aku punya"

nampak macam normal je kan. biar aku bagi contoh lain pula:

   Ada seorang budak kelas aku ni pakai errr.. kasut baru kot (xingat la apa barangnya).. Cik H ni pun tegur la budak tu. Ok lah tegur-tegur kan.. Tiba-tiba!

           " sepupu aku yang tinggal kat xxx pun ada kasut macam ni, sebijik.."

korang nampak x permainannya kat situ..kalau xperasan juga, biar aku terangkan..  Tiap kali aku atau kawan-kawan aku yg lain ada barang yg baru atau pelik-pelik sikit macam contoh kat atas tadi.. mesti Cik H akan kaitkan semua barang yg kitorang ada, barang-barang tu sedara-mara, sepupu-sepapat dia pun nak ada juga.. semua pangkat sedara-mara dia sebut, "pakcik aku belah mak yg duduk xxx yg pernah aku cerita dulu".. owhh.. stressnya dengar benda sama ulang banyak kali

Ahh.. satu lagi.. ehem-ehem aku ada bagi satu bear (tulah satu dan satu-satunya bear yg dia bagi =.=).. bila aku cerita yg ehem-ehem bagi bear, Cik H pun nak juga cerita yg ada orang bagi dia bear besar giler +++ bunga ros masa dia sekolah rendah dulu.. (semua benda aku dapat, Cik H pasti akan ada juga cerita yg dia pun dapat juga).. sampai aku pun lama-lama fikir cerita dia ni betul ke tipu semata-mata nak raih perhatian. kesian orang macam ni.

SITUASI 2:

     Dalam perjalanan ke satu tempat bersama Cik H. Tiba-tiba, ada sekumpulan abang-abang hensem ni (uweekkkss) berjalan dari arah bertentangan kami. Lelaki macam biasalah akan pandang semua perempuan yg dorang rasa sedap mata memandang.. Kitorang pun x terkecuali. Lepas je mamat-mamat ni blah dan agak jauh dari kami, Cik N pun berkata:

          " Weyh, mamat yg baju biru tu senyum-senyum kat aku. Dah la x hensem, pendek pula tu. Dari jauh dah pandang-pandang aku."

 Aku tanya kat Cik H yg mana, tiba-tiba dia marah aku plak.. Aku yg memang blur ni pun terpinga-pinga, sebab aku memang xperasan pun siapa, pakai baju apa, warna apa mamat tadi yg disebutnya.. Kot ye pun xyah la. Walaupun korang nampak macam remeh je kan.. tapi bagi aku yg hari-hari dengan dia, fed-up weeii.. Sebab tipa kali ada lelaki pandang mesti dia akan perasan dan cakap laki tu pandang dia dengan pandangan gatal la apalah.. padahal aku rasa laki tu pandang biasa-biasa je.. mana la tau laki tu ingat kawan dia ke apa sebab tu pandang lain macam kan..

SITUASI 3:

      Aku ni bukanlah pelajar cemerlang. xpernah dapat anugerah dekan (dean list) pun.. Cik H ni boleh dikatakan tiap-tiap semester dapat dean list atau hampir-hampir dean list.. yg aku bengang, Cik H ni bila bertanya kat aku punyalah kasar bukan main.. bila dengan orang lain, amboi lembutnya suara, cair siott.. GERAMMM... aku pun xtau la apa salah aku..sob sob.. mungkin aku ni xpandai macam orang lain, bukan orang yg layak ditanya.. (cehh, ayat sedih pula)
      
SITUASI 4:

     Cik H ni adalah minat seorang budak laki kat tempat aku belajar ni. Tapi sekarang budak laki tu dah habis belajar diploma pun. Budak laki tu memang boleh dikategorikan tampan jugalah orangnya. Jadi, orang yg hensem kacak bergaya mestilah ada ramai peminat kan.. Cik H ni suka cerita pasal mamat tu kat aku. Aku pun dengar ajelah. Tapi ada satu hari dia keluar satu ayat macam ni:
  
          "aku x minat lah dengan laki yg ramai peminat ni"

Ayat tu dia tujukan utk laki yg dia minat tulah.. tapi, beberapa hari lepas tu dia cerita juga pasal laki tu dengan muka yg excited gilerr.. maklumlah org dah angau.. Aku sekarang konfius dah, dia ni suka ke tak.. =/
Lagi satu dia pernah kata yg roomate dia cerita pasal laki tu. roomate pernah terlibat dalam satu aktiviti ni, dapat group sama dengan laki tu.. habis je Cik H cerita, aku tengok muka dia macam jeles. bila aku tanya dia menafikannya.. elehhh

SITUASI 5:

       Kami ni selalu jalan berdua. tapi kadang-kadang kalau terjumpa kawan aku yg lain kat tengah jalan, mestilah nak jalan sama-sama kan. tapi, aku perhati Cik H ni bukan nak tegur kawan aku tu.. laju je dia menonong jalan ke depan. sampai kawan aku yg lain ni perasan perangai dia. dia macam x suka aku ada kawan lain selain dia. agak-agaklah weii.. xkan nak entertain ko sorang je kot..

       dulu, masa ehem-ehem aku dok hostel tapi sekarang dah duduk rumah sewa.. selalu gak la kitorang terserempak tengah jalan. dan sudah semestinya aku nak jalan sama-sama dengan ehem-ehem aku ni..(hehehe) Cik H ni pun ada sama tapi dia buat muka ketat dia pula. Aisehhh.. Ehem-ehem aku ni macam perasan yg Cik H ni x suka dia. entahlah~

SITUASI 6:

     Aku perasan la yg Cik H suka bangga diri, keluarganya, rakan-rakannya.. x habis-habis nak puji. benda sama lak tu. sampai aku termenung sendiri. berapa ramai sepupu dia yg hensem, macam semua je yg dia cerita tu hensem belaka... contohnya:

       "sepupu aku yg dah kerja tu sekarang makin hensem tau"

        "sepupu aku semua hensem-hensem, ramai peminat tu. tapi dia je yg xnak"

       " anak makcik aku yg tu nama dorang semua sedap-sedap. dah la nama best, orangnya pun comel/ hensem"

       " adik aku comel giler, dah la rambut macam dolly.." (ayat ni paling banyak aku dengar)

      " aku dulu ada seorang kawan laki ni, hensem gilerr.. dia bagi aku hadiah macam-macam"

Haa..tengok tu.. semua orang dia nak cakap hensem.. adesss
  
Dahlah, nak cerita memang banyak..tapi malaslah..cukup la 6 situasi kat atas tu.. Penat nak tulis panjang-panjang.. maaf kalau Cik H terasa, tapi ni yg aku rasa. bukan mengata cuma xpuas hati je.

Wanita, Pakaian & .... (dulu, kini dan selamanya)





Assalamualaikum...kabare?? apo kono eh jang??

   Kalau korang tengok tajuk entry kali ni, mesti korang dah tau aku nak cerita pasal apa kan..

  
baju peplum zaman sekarang
    Sekarang dah tahun 2013, pakaian pun dah macam-macam fesyen dari dulu sampai sekarang. fesyen perempuan la yg paling menyerlah rasanya.. sekarang fesyen wanita paling popular ialah peplum pearplum arghh macam mana ejaan dia ni..hurgghh.. apa-apa jelah..peplum kot =.="

baju peplum ni ala-ala baju zaman saloma dulu tu..yg baju dia atas kecik pastu tiba-tiba kembang kat bawah macam skirt..aku nak pakai memang tidak lah..ketat siott..
baju peplum saloma



   Haa.. ada lagi fesyen femessshhh sekarang iaitu baju ala-ala artis korea..hmmm.. aku tak minat korea tau. baju ni bak kata mak aku 'nipih baye' dalam bahasa kelantan.. maksudnya nipis sampai nampak bayang bentuk badan.. waauu, seksa mata tengok.. eheemm.. baju ni memang cantik sebab warna dia ceria. si pemakai memang nampak comel.. aku suka tengok kat kedai baju macam tu, tapi tak beli pun,..ahaha



  tudung pun dah macam-macam jenis sekarang.. ada tudung ikan bawal, eh bawal..haha.. pastu ada tudung sarung yg terus pakai xyah nak adjust bagai, tapi aku panggil tudung indon je..huhu.. lagi ada tudung selendang.. pakai ni kena pandai lilit, kalau tak boleh tercekik tuan punya badan nanti..




   tapi, trend perempuan bertudung sekarang mesti nak ada bonggol bila pakai tudung.. aku tengok dah rupa macam alien dalam cerita Alien vs Predator tu.. eheh, sorry utk siapa yg terasa tu.. bukan xcantik ke apa.. tapi nak berbonggol tu agak-agak la, xyah la sampai nampak kepala tu jadi macam kon aiskrim terbalik..hahaha (gelak guling-guling)
    tapi, kalau kita tengok balik syarat-syarat pemakaian dalam Islam.. tak boleh menzahirkan aset yg kita ada.. aset bagi perempuan pada aku mestilah 1 badan kita ni.. jadi, xperlu la nak bonggol bagai macam nak tunjuk yg rambut kita ni panjang mengurai bak rapunzel..



   tapi, tapi, tapi dan tapi... wanita, gadis, adik, kakak semua zaman sekarang ni susah nak tengok pakai kain batik bila duduk kat rumah.. semua pakat pakai seluar belaka.. aku pun baru belajar pakai kain batik 2 hari lepas..hehe..  comel apa bila perempuan pakai kain batik, terserlah keayuan sebagai gadis melayu..ceewaahh.. jangan kain batik hanya diguna utk tutup kita yg dah terbaring tak bernyawa nanti..opppsss

wuhuhuhu... bergaya cik kak kita ni

    Ehmmm.. tapi satu je yg aku xpuas hati sekarang ni.. kenapa pakaian perempuan makin lama makin kecil, singkat, nipis, kontot, ketat dan yg sama waktu dengannya.. dah la baju yg ada ciri-ciri tadi fesyennya lawa-lawa..addesss..
   yg pakaian si lelaki tetap maintain dari dulu sampai sekarang, masih menutup aurat.. fesyen pun xdelah banyak yg terdedah sana sini pun..
   kalau korang perasan lelaki kalau boleh nak pakai tutup habis satu badan macam perempuan.. tapi perempuan terbalik pula.. aku cakap camni sebab aku tengok artis-artis kita ni lah.. x kisah la dalam ke luar negara, trend dia lebih kurang sama je.. yg lelaki alim, yg perempuan,.. masyaallahhh~ korang renung-renungkanlah.. artis wanita malaysia sekarang alhamdulillah ramai yg dah berubah ke arah kebaikan dengan bertudung.. comel je dorang semua.. :)

xmau jadi camni
tapi, jadilah macam ini..haha

    Aku suka tengok perempuan pakai tudung labuh, baju labuh.. senang cerita yg tutup aurat dengan sempurna.. nampak comel je.. sejuk mata memandang.. kan best kalau aku dapat pakai camtu satu hari nanti.. :)  sekarang ni memang la aku pakai tutup aurat, tapi tak lah sesempurna mana pun.. kadang-kadang ada juga yg terlepas pandang..

comel kan....

Akhir kalam, berpakaianlah mengikut syariat Islam, kalau boleh jangan pakai macam gambar kat bawah ni ye.. jangan terlampau ikut trend sangat.. wassalam










 

Monday, January 28, 2013

Mari berSILAT



Assalamuaikum pembuka cerita,
Hari ini langit berbulan purnama,
Entry kali ini biasa sahaja,
Silat Melayu lambang budaya.


Bila sebut je pasal silat mesti orang fikir macam-macam benda kan kan kan..
contohnya:

    "kawan aku kata silat ni ada baca pelik-pelik, ye ke??"

    " orang yang main silat ni kebal ea? "

dan macam-macam lagilah..tapi sebenarnya aku rasa silat ni xde benda yg pelik pun..sebab apa aku cakap macam tu, sebabnya aku ni pun masuk silat juga iaitu Silat Seni Gayong Malaysia kat UiTM Segamat, Johor..

   Sepanjang aku terlibat dengan silat ni, xde pula aku tengok benda yg menyimpang dengan agama Islam..mungkin orang luar yg tak tahu apa itu silat akan cakap yg bukan-bukan..Silat ni walaupun nampak kasar tapi sebenarnya di situ ada kelembutan..bukan lembut aww aww tu ye..haha

     maksud aku kat sini pergerakan silat ni x payah keras atau kasar sangat sampai berdarah-darah macam martial arts yg lain contohnya muay thai..silat ni gerakan dia nampak lembut tapi pantas serta padu..sekali mangsa kena memang merana la..aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku masa latihan silat..memang sedap la kena, kalau salah buat latihan, boleh patah tangan kita..sebab tu la adat belajar mestilah berguru..
  Cikgu yg mengajar aku tunjuk la demo sikit kat anak-anak muridnya..aku pernah menjadi mangsa demonya..balik dari latihan memang satu badan sakit-sakit..2 atau 3 hari baru elok sakitnya..nak mencangkung buang hajat pun seksa wooo..

  Kalau nak cerita pasal pengalaman aku bersilat memang banyak sangat..macam-macam la..

   Aku sebenarnya dah lama minat gila dengan martial arts sejak sekolah dulu..kat sekolah menengah aku dulu ada je aktiviti silat tiap-tiap minggu, tapi disebabkan malas nak pergi latihan hari Sabtu (maklumlah Sabtu kan cuti sekolah) dan kawan pun xde nak pergi sama-sama, aku pun xmasuk la silat kat sekolah tu..
   Bila masuk UiTM, memang dah rancang nak masuk martial arts, xkisah la apa-apa pun asalkan martial arts..kat UiTM Segamat ni ada Silat Gayong, Silat Cekak, Silat Sendeng, Taekwando, dan Silat Olahraga..
Tupp..tupp..
Aku masuk Silat Gayong sebab dia punya demo mantopp habis..agak teruja dengan demonya, aku terus mendaftarkan diriku ini tanpa paksaan dari mana-mana pihak...cewaahh..aku pun join silat sejak semester 1 kat UiTM ni

  Senior semua baik-baik, dah la baik,hensem pula tu..haha (jangan perasan ye)..cikgu-cikgu pun sporting..sangat selesa sampai dah rasa macam keluarga sendiri..boleh huhahuha sama-sama

   Banyak betul pengalaman pahit manis kat silat ni..yang pahit malas aku nak cerita, menyampah! =.=
pengalaman yg manis sangat banyak.. :)  aku punya ehem ehem pun dari budak silat gayong yg aku join ni...hehehe
Permintaan utk persembahan demo pun banyak, ada yg aku join ada yg tak..bangga tau bila persembahkan silat ni kepada orang luar..

   Ramai yg takut atau xnak masuk silat dengan alasan:

  "malaslah, nanti sakit badan, penat lagi"
  "aku banyak assignment nak kena buat, takut bila masuk silat xsempat siapkan"
  "macam sakit je masuk silat ni"

hellooo...mana-mana martial arts pun akan sakit badan ok..kecederaan ringan tu perkara biasalah kalau dah masuk martial arts...

Ni aku nak share sebahagian gambar sepanjang aku join silat gayong kat UiTM Segamat ni..enjoy~
masa ujian kenaikan bengkung (sem 2)

masa UNIFEST  (sem 2)

lepas demo kat UNIFEST (SEM 2)

Rombongan ke Taiping, Perak (sem 3)

masa KARISMA, ini peringkat UiTM (sem 3)

dinner (sem 5)

selepas demo UNIFEST (sem 5)


Latihan petang
demo SUKOL (sem 5)
                                   
demo utk dinner accounting (sem 5)

selepas demo utk Student's Voice MPP (SEM 6)

 
   haa..dah puas tengok gambar?? comelkan kitorang..sape kata silat ni orangnya ganas..

p/s: dalam banyak-banyak gambar kat atas, ehem ehem aku pun ada :D..pandai-pandai la korang cari sendiri

COBAAN~

   Wooaaa..halloo~
Assalamualaikum w.b.t..

   Ini entry cool blog ku yg kedua.. ^00^ (hidung kembang bajet bangga)
Minggu lepas memang penat gila ahhh... dengan 5 test pada hujung minggunya.. maklumlah sebagai pelajar sepenuh masa kita memang x dapat lari dari menjawab peperiksaan tu..
 
    TAPI!!!!
masalahnya semua test tu dibuat 3 hari berturut-turut.. dengan 1 hari ada 2 paper.. nak lagi sakit hati, test ni lecturer adakan pada minggu yg ada 2 CUTI UMUM yakni maulud nabi dan thaipusam..
Orang lain sibuk bergembira kat rumah masing-masing, kami yg digelar pelajar perakaunan ni dok terperap dalam hostel masing-masing mengadap buku.. ( bukan muka buku okay).. dah macam final exam aku rasa..ughhhh


    TAPI!! ada lagi tapi tu..
lepas test utk subjek yg terakhir, waaahhh bahagianya rasa..SEBAB... lepas test terus keluar bandar utk berjoli sakan bersama roomate dan rakan-rakannya..hahaha

    dah nama pun cuti kan, kitorang budak-budak akaun agak lama la tunggu bas kuning (bas sekolah) tu nak datang ambil kitorang kat bus stop..nasib baik ada juga bas yg masuk, tu pun lepas call pakcik bas..fuuhh

   nak beritahu yg saya ni study kat Segamat.. kat Segamat ni tempat yg paling menarik utk ber-shopping ialah ONE SEGAMAT,, orang sini panggil OS je.. kiranya tempat tula yg paling best.. mungkin sebab ada panggung wayang kot..
kitorang yg ramai-ramai ni dah plan sejak test nak tengok movie Hansel & Gretel : The Witch Hunter..

    Movie ni diadaptasi daripada dongeng kanak-kanak yg femes kat negara orang putih iaitu Hensel & Gretel.. tapi dalam movie ni watak utamanya dah dewasa..heroin dia cantik wooo...tapi, cerita ni ada babak-babak 18sx la sikit..tengah syok tengok babak bunuh & lawan-lawan, tiba-tiba ada babak tu macam... tuuutt~ nak juga terselit kat situ..

ni sepatutnya nota utk test sebenarnya..tapi ntah camner  terlukis plak...haha

itu je kot nak cerita.. :)

   

Sunday, January 27, 2013

Blog Renovation :3

    Dah berapa bulan tahun x update belog saya ni.. Bukan malas cuma xsempat nak kacau2 blog ni..
HAHAHA :)

   Cerita baru memang banyak, tapi nak citer semua memang x sempat la nak tulis terus kat entry ni..huuu
Tapi hari ni kita nak share pasal wujudnya blog ni...cewaahhh~

   Asalnya blog ni lecturer ku yg tersayang yg suruh buat..Konon-konon utk assignment..korang boleh tengok post lama-lama, memang semua pasal assigment tu lah..
   
    Selepas beberapa tahun, barulah saya ingin membuat entry baru yg memang xde kaitan dg assignment tu okay..

SAYA DENGAN INI MENGISYTIHARKAN BAHAWA MULAI PADA HARI INI BLOG INI AKAN DIKEMAS KINI SELALU (KONON) =.=