Salam sejahtera ke atas kamu..
Hari ini patutnya bangun lambat sebab hujung
minggu..tapi ada aktiviti UiTM pula iaitu modul part 6 Finishing School..rasa
berat sangat nak pergi modul ni sebab malam tadi roomate aku kata modul tunda
hari lain..dengar je dia cakap camtu terus rasa best sangat, hati
berbunga-bunga..terus plan nak balik rumah kononnya..RUPA-RUPANYA..tarikh yang
ditunda tu ialah modul untuk budak-budak degree...cehhh!!!!
Bangun awal pagi, terpacak dalam dewan pagi-pagi
pukul 7.30 semata-mata nak dengar ceramah.. ceramah tak ceramah la tapi aku
rasa lebih ke arah dengar orang buat promotion kerja CIMB..bosan ngantuk lapar
semua ada..part yang best masa ceramah ni bila dia suruh semua sebut "I AM
A BUSINESS BUILDER!" banyak-banyak kali kat kawan-kawan sebelah..bingit
telinga aku
Dalam pukul 9.30 pagi, rehat jap..pastu pukul
10 pagi kena masuk kelas ikut kumpulan masing-masing yang dah awal-awal
diagihkan..aku kumpulan 17..masa tengok nama ahli kumpulan kat board, rasa
macam forever alone sebab nama macam tak kenal semua orang..tapi bila dah masuk
duduk dalam kelas, tengok-tengok ramai rupanya yang aku kenal cuma panggilan
nama je yg berlainan..biasalah tu kan~ ehehe
PERGHHH...PERGHHH..PERGGHHH (saja tulis banyak-banyak)
bosan amat sangat aktiviti pagi tu..rasa macam nak tidur je depan fasilitator
tersebut..nasib baik beliau sangat baik dan lemah lembut orangnya..tq
miss..muahhh...muaahhh
sesi ice breaking macam biasalah kenalkan diri sekor2..eh
silap..sorang2..semua macam malas-malas nak buat sebab tiap-tiap sem punya
modul mesti kena buat benda ni..haihh~ fasilitator tu suruh kitorang beritahu
nama, jurusan apa, nama panggilan dan cita-cita...giliran aku kenalkan diri aku
rasa macam happy, tak tau la kenapa.. tapi ada sorang ni kelakar betul dia
punya pengenalan diri..nama dia fikri, jurusan bisnes tapi tiba-tiba dia kata
cita-cita nak jadi doktor??? DOKTOR??? celah mana pula budak bisnes nak jadi
doktor...haiyaa.. 1 kelas gelak kuat-kuat, nasib takde yang tergolek..serius
lawak..hahaha..pastu aktiviti macam mengenali diri dengan lebih mendalam..aku
merepek je kat aktiviti ni
pukul 12.30 tengahari rehat lagi sekali..PERGHHHHHHH dapat
balik bilik rasa syurga sangat (biasa orang kata heaven kan..heheh)..dah
makan-makan, terus tidur tak sedar apa selama 1/2 jam..pergi balik modul
(adoiii) pukul 2 petang..
aktiviti seterusnya kena buat dalam kumpulan..so,
fasilitator letak kitorang dalam kumpulan secara rawak ikut nombor..aku dapat
kumpulan 2..ada 2 laki, 4 perempuan.. entah siapa dorang semua tu, xkenal
pon..hantam ajelah
tugasan kali ini kena cipta 1 company baru pastu kena
buat iklan jawatan kosong..dengan hasil titik peluh kami berenam maka
terciptalah iklan tersebut yang biasa-biasa jelah..kami mencipta company
MONSTER BOOKSTORE..monster tu aku yg bagi idea..poyo je..siap aku lukis maskot
raksasa utk iklan kitorang ni.,
lepas ni, kitorang kena buat resume kerja dan akan
diberi pada kumpulan yang konon-konon kita minat nak kerja kat situ..yang tak
boleh blah, grup kami kena mohon untuk kerja MODEL!!!warghhhh...tak
pernah dalam fikiran nak jadi model..apesal lah grup lawan kitorang ni buat
company model..malu~
dah selesai hantar resume semua, tibalah masa untuk ditemu
duga..fasilitator nak 2 orang akan di interview dari setiap kumpulan..entah
macam mana aku punya nama dipanggil..walaweyh...rasa macam xpercaya kena
panggil temuduga jadi model..berangan la kejap kan..haha..gagap gak la bila
kena soal masa tu walaupun main-main je..sorang lagi ahli grup aku yg kena panggil
dak laki..nama dia Raja Zaheed..hensem orangnya, sweet, comel (eh..terlebih
sudah..nanti ada yg marah pula)..dia punya penemuduga kenakan dia kaw-kaw
gila..siap suruh catwalk lagi..dia pun ikut jelah..tapi masa catwalk dia buat
muka serius macam model, rasa macam Ya Allah, smartnya kau ni..hey...heyy..
Last sekali, tentulah ambil gambar..kata model (ini
semua poyooo)..inilah modul terbaik sepanjang belajar kat uitm segamat
nih..senang cerita semua modul lah terbaik..peace :)
kumpulan MONSTER BOOKSTORE..yeahhh |