Saturday, March 2, 2013

ITU INI DI BALOK, KUANTAN

Assalamuaikum :)

   Post kali ini aku nak cerita pasal rombongan silat gayong ke Balok, Kuantan. PSSGM UiTM Johor telah mengadakan aktiviti Kursus Pecah Tapak Kunci Mati 7 pada 9 - 12 Februari 2013.

   kitorang budak-budak silat UiTM Segamat + UiTM Larkin bergabung meletup ahh~ (nyanyi macam lagu stacy dgn adam tu..) untuk menjayakan program ini..
Taknak cerita banyak, aku cuma nak cerita 2 benda je kat sini = kenangan manis dan kenangan masam-masam manis..yeahhh

KENANGAN MANIS SEMASA DI BALOK
(Kenangan ni tak berapa manis tapi bolehlah..tak elok manis sangat nanti kena diabetes pula..hoho..)

Kenangan manis kau dan aku takkan terhapus, duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia.. ehhh..tiba-tiba ternyanyi lagu jamal abdillah pula.. :P


  •  kami budak-budak silat gayong yg bertolak dari UiTM Segamat hanyalah 12 orang + 1 pegawai pengiring + 2 pakcik bas..padahal bas muatan 40 orang.. memang kitorang menguasai kerusi-kerusi yanga ada di dalam bas uitm tersebut..haha ..1 pasang kerusi = 1 orang.......... 1 pasang kerusi yg lain = beg-beg 1 orang.. gila kuasa betul..haha
  • pegawai pengiring kitorang iaitu ustaz syazali belanja makan aiskrim kon yg pakcik motor selalu jual..hehe (aku muka tak malu, minta ustaz belanja)..masa tu 12 orang je pon :)
  • tugasan berkumpulan iaitu masak sarapan untuk lebih kurang 60 orang selama 2 jam...walaweyh~ sebab makan masa 2 jam : dapur kecik (dapur besar lambat datang), sudip pendek sangat dan lembik ..terus jadi bengkok macam cangkul sudipnya sampai kawan aku kacau mihun sambil menyumpah (nasib la) dan kuali bengong sebab tak panas-panas..goreng sebiji telur pun ambil masa sampai 1/2 jam..puihh
  • berjoging di tepi pantai balok sejauh 3km (cikgu cakap).. seronok lari-lari dalam air, rasa macam hindustan kejap.. heee
  • berlatih di bawah hujan selama 3 jam utk 3 hari berturut-turut..mana taknya dah sepanjang 4 hari kitorang kat sana, 3 hari asyik hujan je =.=..dah habis gigil badan baru reti nak naik berteduh
  • khemah banjir..beg basah..nasib baik ada baju yang tak kena hujan..fuhhh
  • tiba-tiba ustaz kata ada ujian kenaikan bengkung, menggelabah masing-masing ingat balik buah sebab dah lupa
  • masa ujian, partner kena tukar dengan orang lain..ceh!!
  • main war game, kena baling-baling orang dengan peluru air busuk iaitu air basuhan ayam..,yekkk
  • ''AKAK PART 6!!!'' ayat spontan ani (ketua projek yg pemalu) semasa hampir-hampir dibaling dengan peluru busuk
  • dapat tengok orang mengambur anak kambing 10, 11 orang...tahniah nasir dan epi dapat pecah rekod peribadi anda berdua... :D (nak try juga~)
  • tidur dalam surau sebab khemah basah. hanya beralaskan jubin....kami perempuan tidur dalam kesejukan.... jeles tengok ruang solat lelaki ada karpet, bestnya~

KENANGAN MANIS SELEPAS PULANG DARI BALOK
  • demam yang teruk =,=
  • kaki naik biji-biji gatal, banyak pula tu..jangkitan kuman dari ulat air..argghhh~geli
  • ada cacing dalam kaki kat tempat yg gatal tu (triple geli~ eeeeeeee)

yang bab cacing tu tak boleh tahan..geli amat sangat..nasib baik dah elok sikit sekarang..alhamdulillah :)






No comments:

Post a Comment