Monday, January 28, 2013

COBAAN~

   Wooaaa..halloo~
Assalamualaikum w.b.t..

   Ini entry cool blog ku yg kedua.. ^00^ (hidung kembang bajet bangga)
Minggu lepas memang penat gila ahhh... dengan 5 test pada hujung minggunya.. maklumlah sebagai pelajar sepenuh masa kita memang x dapat lari dari menjawab peperiksaan tu..
 
    TAPI!!!!
masalahnya semua test tu dibuat 3 hari berturut-turut.. dengan 1 hari ada 2 paper.. nak lagi sakit hati, test ni lecturer adakan pada minggu yg ada 2 CUTI UMUM yakni maulud nabi dan thaipusam..
Orang lain sibuk bergembira kat rumah masing-masing, kami yg digelar pelajar perakaunan ni dok terperap dalam hostel masing-masing mengadap buku.. ( bukan muka buku okay).. dah macam final exam aku rasa..ughhhh


    TAPI!! ada lagi tapi tu..
lepas test utk subjek yg terakhir, waaahhh bahagianya rasa..SEBAB... lepas test terus keluar bandar utk berjoli sakan bersama roomate dan rakan-rakannya..hahaha

    dah nama pun cuti kan, kitorang budak-budak akaun agak lama la tunggu bas kuning (bas sekolah) tu nak datang ambil kitorang kat bus stop..nasib baik ada juga bas yg masuk, tu pun lepas call pakcik bas..fuuhh

   nak beritahu yg saya ni study kat Segamat.. kat Segamat ni tempat yg paling menarik utk ber-shopping ialah ONE SEGAMAT,, orang sini panggil OS je.. kiranya tempat tula yg paling best.. mungkin sebab ada panggung wayang kot..
kitorang yg ramai-ramai ni dah plan sejak test nak tengok movie Hansel & Gretel : The Witch Hunter..

    Movie ni diadaptasi daripada dongeng kanak-kanak yg femes kat negara orang putih iaitu Hensel & Gretel.. tapi dalam movie ni watak utamanya dah dewasa..heroin dia cantik wooo...tapi, cerita ni ada babak-babak 18sx la sikit..tengah syok tengok babak bunuh & lawan-lawan, tiba-tiba ada babak tu macam... tuuutt~ nak juga terselit kat situ..

ni sepatutnya nota utk test sebenarnya..tapi ntah camner  terlukis plak...haha

itu je kot nak cerita.. :)

   

No comments:

Post a Comment