Tuesday, January 29, 2013

Ohhh Sahabat

Salam perkenalan semua :)
Nama saya A..

Begitulah contoh seseorang utk memulakan persahabatan. Dengan memperkenalkan diri beserta seulas senyuman.. ouhh sweetnya~ ^.^

   Berkawan ni memang seronok. Lagi-lagi kalau dapat yg  sekepala, seiring sejalan dengan kita. Tapi yang x bestnya bila kawan tu mula buat kita macam-macam, tapi kita ni baik hati, x ambil kisah semua tu berlaku kat kita sebab fikir dia tu kawan kita.

    Aku ada seorang kawan macam ni.. Nama dia Cik H (nama rahsia sebab fikir kawan kan).. =.=

Aku kenal dia dah dekat 3 tahun jugalah.. kawan aku ni aku xtau la apa masalah dia.. susah betul..

Biar aku cerita insiden-insiden yg pernah dan sering berlaku bila aku dengan dia:

SITUASI 1:
    
    Aku ada henfon. Cik H ni pinjam henfon aku utk main game. Khusyuk betul dia main game sampai xingat dunia.. Tiba-tiba, dia cakap..

           " aku macam pernah tengok henfon ko ni, rupanya sama makcik aku punya"

nampak macam normal je kan. biar aku bagi contoh lain pula:

   Ada seorang budak kelas aku ni pakai errr.. kasut baru kot (xingat la apa barangnya).. Cik H ni pun tegur la budak tu. Ok lah tegur-tegur kan.. Tiba-tiba!

           " sepupu aku yang tinggal kat xxx pun ada kasut macam ni, sebijik.."

korang nampak x permainannya kat situ..kalau xperasan juga, biar aku terangkan..  Tiap kali aku atau kawan-kawan aku yg lain ada barang yg baru atau pelik-pelik sikit macam contoh kat atas tadi.. mesti Cik H akan kaitkan semua barang yg kitorang ada, barang-barang tu sedara-mara, sepupu-sepapat dia pun nak ada juga.. semua pangkat sedara-mara dia sebut, "pakcik aku belah mak yg duduk xxx yg pernah aku cerita dulu".. owhh.. stressnya dengar benda sama ulang banyak kali

Ahh.. satu lagi.. ehem-ehem aku ada bagi satu bear (tulah satu dan satu-satunya bear yg dia bagi =.=).. bila aku cerita yg ehem-ehem bagi bear, Cik H pun nak juga cerita yg ada orang bagi dia bear besar giler +++ bunga ros masa dia sekolah rendah dulu.. (semua benda aku dapat, Cik H pasti akan ada juga cerita yg dia pun dapat juga).. sampai aku pun lama-lama fikir cerita dia ni betul ke tipu semata-mata nak raih perhatian. kesian orang macam ni.

SITUASI 2:

     Dalam perjalanan ke satu tempat bersama Cik H. Tiba-tiba, ada sekumpulan abang-abang hensem ni (uweekkkss) berjalan dari arah bertentangan kami. Lelaki macam biasalah akan pandang semua perempuan yg dorang rasa sedap mata memandang.. Kitorang pun x terkecuali. Lepas je mamat-mamat ni blah dan agak jauh dari kami, Cik N pun berkata:

          " Weyh, mamat yg baju biru tu senyum-senyum kat aku. Dah la x hensem, pendek pula tu. Dari jauh dah pandang-pandang aku."

 Aku tanya kat Cik H yg mana, tiba-tiba dia marah aku plak.. Aku yg memang blur ni pun terpinga-pinga, sebab aku memang xperasan pun siapa, pakai baju apa, warna apa mamat tadi yg disebutnya.. Kot ye pun xyah la. Walaupun korang nampak macam remeh je kan.. tapi bagi aku yg hari-hari dengan dia, fed-up weeii.. Sebab tipa kali ada lelaki pandang mesti dia akan perasan dan cakap laki tu pandang dia dengan pandangan gatal la apalah.. padahal aku rasa laki tu pandang biasa-biasa je.. mana la tau laki tu ingat kawan dia ke apa sebab tu pandang lain macam kan..

SITUASI 3:

      Aku ni bukanlah pelajar cemerlang. xpernah dapat anugerah dekan (dean list) pun.. Cik H ni boleh dikatakan tiap-tiap semester dapat dean list atau hampir-hampir dean list.. yg aku bengang, Cik H ni bila bertanya kat aku punyalah kasar bukan main.. bila dengan orang lain, amboi lembutnya suara, cair siott.. GERAMMM... aku pun xtau la apa salah aku..sob sob.. mungkin aku ni xpandai macam orang lain, bukan orang yg layak ditanya.. (cehh, ayat sedih pula)
      
SITUASI 4:

     Cik H ni adalah minat seorang budak laki kat tempat aku belajar ni. Tapi sekarang budak laki tu dah habis belajar diploma pun. Budak laki tu memang boleh dikategorikan tampan jugalah orangnya. Jadi, orang yg hensem kacak bergaya mestilah ada ramai peminat kan.. Cik H ni suka cerita pasal mamat tu kat aku. Aku pun dengar ajelah. Tapi ada satu hari dia keluar satu ayat macam ni:
  
          "aku x minat lah dengan laki yg ramai peminat ni"

Ayat tu dia tujukan utk laki yg dia minat tulah.. tapi, beberapa hari lepas tu dia cerita juga pasal laki tu dengan muka yg excited gilerr.. maklumlah org dah angau.. Aku sekarang konfius dah, dia ni suka ke tak.. =/
Lagi satu dia pernah kata yg roomate dia cerita pasal laki tu. roomate pernah terlibat dalam satu aktiviti ni, dapat group sama dengan laki tu.. habis je Cik H cerita, aku tengok muka dia macam jeles. bila aku tanya dia menafikannya.. elehhh

SITUASI 5:

       Kami ni selalu jalan berdua. tapi kadang-kadang kalau terjumpa kawan aku yg lain kat tengah jalan, mestilah nak jalan sama-sama kan. tapi, aku perhati Cik H ni bukan nak tegur kawan aku tu.. laju je dia menonong jalan ke depan. sampai kawan aku yg lain ni perasan perangai dia. dia macam x suka aku ada kawan lain selain dia. agak-agaklah weii.. xkan nak entertain ko sorang je kot..

       dulu, masa ehem-ehem aku dok hostel tapi sekarang dah duduk rumah sewa.. selalu gak la kitorang terserempak tengah jalan. dan sudah semestinya aku nak jalan sama-sama dengan ehem-ehem aku ni..(hehehe) Cik H ni pun ada sama tapi dia buat muka ketat dia pula. Aisehhh.. Ehem-ehem aku ni macam perasan yg Cik H ni x suka dia. entahlah~

SITUASI 6:

     Aku perasan la yg Cik H suka bangga diri, keluarganya, rakan-rakannya.. x habis-habis nak puji. benda sama lak tu. sampai aku termenung sendiri. berapa ramai sepupu dia yg hensem, macam semua je yg dia cerita tu hensem belaka... contohnya:

       "sepupu aku yg dah kerja tu sekarang makin hensem tau"

        "sepupu aku semua hensem-hensem, ramai peminat tu. tapi dia je yg xnak"

       " anak makcik aku yg tu nama dorang semua sedap-sedap. dah la nama best, orangnya pun comel/ hensem"

       " adik aku comel giler, dah la rambut macam dolly.." (ayat ni paling banyak aku dengar)

      " aku dulu ada seorang kawan laki ni, hensem gilerr.. dia bagi aku hadiah macam-macam"

Haa..tengok tu.. semua orang dia nak cakap hensem.. adesss
  
Dahlah, nak cerita memang banyak..tapi malaslah..cukup la 6 situasi kat atas tu.. Penat nak tulis panjang-panjang.. maaf kalau Cik H terasa, tapi ni yg aku rasa. bukan mengata cuma xpuas hati je.

No comments:

Post a Comment